Bagi menyahut seruan kempen untuk mengatasi kekurangan bekalan darah yang kritikal di Sabah, 𝐔𝐧𝐢𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐫𝐚𝐧𝐬𝐟𝐮𝐬𝐢 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐌𝐚𝐫𝐮𝐝𝐮 telah mengadakan kempen derma darah bagi pelajar dan kakitangan ILP Kota Kinabalu.
Kempen yang diadakan di 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐟𝐥𝐞𝐬𝐢𝐚, 𝐈𝐋𝐏 𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐊𝐢𝐧𝐚𝐛𝐚𝐥𝐮 bermula seawal jam 8:30 pagi dalam usaha mewujudkan kesedaran mengenai keperluan bekalan darah terutamanya di Sabah, untuk dibekalkan kepada pesakit mangsa kemalangan, pesakit yang membuat pembedahan serta pesakit talasemia dan banyak lagi.
Semoga usaha murni pendermaan darah daripada kalangan pelajar dan kakitangan ILP Kota Kinabalu ini sedikit sebanyak meningkatkan kadar bekalan darah di hospital dan seterusnya membantu menyelamatkan nyawa bagi mereka yang memerlukannya.
“𝗠𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮𝐤𝐚𝐧 𝗞𝗲𝗺𝗮𝗵𝗶𝗿𝗮𝗻, 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗲𝗺𝗮𝗿𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘀𝗮 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧” “𝗘𝗺𝗽𝗼𝘄𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗦𝗸𝗶𝗹𝗹𝘀, 𝗜𝗴𝗻𝗶𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗙𝘂𝘁𝘂𝗿𝗲𝘀”
#𝐒𝐤𝐢𝐥𝐥𝐬𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚𝟐.𝟎 #𝐒𝐤𝐢𝐥𝐥𝐬𝟒𝐀𝐥𝐥
#𝐄𝐧𝐡𝐚𝐧𝐜𝐢𝐧𝐠𝐒𝐤𝐢𝐥𝐥𝐬𝐀𝐩𝐩𝐫𝐞𝐜𝐢𝐚𝐭𝐢𝐧𝐠𝐓𝐚𝐥𝐞𝐧𝐭
#𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐢 𝐓𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐤𝐡𝐢𝐫𝐧𝐲𝐚